This is BizOppers

KENALI TOKOH SENI SILAT SENDENG - LONG MAMAT


Long Mamat

Seorang Pendekar keturunan Bugis yang berasal dari Pontian, Johor. Beliaulah yang bertanggungjawab mengembangkan ilmu Pukulan Sendeng di Muar pada penghujung kurun ke-19 (1885-1910 an) Long Mamat pernah merantau ke Brunei dan Kalimantan dengan menggunakan nama atau gelaran yang berlainan pada tempat-tempat yang di singgahinya. Dari mana asal Pukulan Sendeng yang di bawanya tidaklah jelas tetapi terdapat versi cerita yang berbeza. Antara ceritanya adalah seperti berikut:
  • Long Mamat mempelajari ilmu Pukulan Sendeng dari empat orang bapa saudaranya di atas kapal. Kisah ini telah disampaikan oleh cicit Long Mamat kepada almarhum Hj Ismail.
  • Beliau mempelajari ilmu Pukulan Sendeng dari seorang bapa saudaranya di Parit Raja, Muar setelah ditewaskan sewaktu menguji bapa saudaranya itu. Pada ketika itu, Long Mamat telah tamat berguru dengan 39 orang guru silat. Kisah ini di ceritakan oleh seorang tua di Parit Bakar kepada almarhum Hj Ismail.
Pada awal abad ke-19 (1885-1910), Long Mamat telah dijemput oleh penghulu mukim Serom ketika itu ialah Penghulu Hj Abdullah (ninda kepada YB Dato’ Abd Ghani Osman – Menteri Besar Johor sekarang) untuk mengajar ilmu Pukulan Sendeng di Serom. Seramai 5 orang pendekar telah terpilih setelah diadakan satu pertandingan di Serom. Kelima-lima orang itu ialah Taman Dagang, Pak Unggal Khalil (adik Taman Dagang), Hj Mohd Arif Shamsu, Pak Habib dan Naib Nalang.

Selain di Serom, Long Mamat juga mempunyai ramai murid terutama di kawasan Parit Bakar hingga ke Parit Raja, Muar. Salah seorang anak murid beliau yang dapat di kesan ialah Haji Baba bin Makruf (1901-1984). Anak cucu beliau di Pontian, Johor pula mengembangkan silat Kuntau Sendeng yang di terajui oleh cucunya iaitu Penghulu Zakaria Kasim.


Continue Reading

KENALI TOKOH SENI SILAT SENDENG - HAJI HASSAN PENDEKAR


Haji Hassan Haji Mahat (Hj Hassan Pendekar)

Hj Hassan Hj Mahat merupakan ninda kepada almarhum Hj Hamid Hj Hamzah iaitu bapa kepada Hj Hamzah. Di beri gelaran ’Pendekar’ oleh Almarhum Sultan Ibrahim kerana kemashyuran dan ketokohannya dalam dunia persilatan. Ketika remaja Hj. Hassan Pendekar dan ayahnya berniaga ternakan ayam dan itik dari Kesang ke Singapura dan Kelang. Beliau berketurunan Bugis telah berpindah ke Sungai Mati, Muar dari Kesang setelah Sultan Ali menyerahkan Kesang kepada Almarhum Sultan Abu Bakar.

Hj Hassan Pendekar memiliki tubuh yang kecil mula mendalami ilmu persilatan dari ayahnya iaitu Hj Mahat pada usia remaja. Kemudian dia berguru pula dengan Hj Dollah Telok Mas yang terkenal dengan kehandalannya di Telok Mas, Melaka. Hj Dollah juga mashyur dengan gelaran ’Hj Dollah Polong’ kerana kepantasan pukulannya. Silat yang sering di pelopori oleh Hj Dollah ialah Kuntau Telok Mas. Pada zaman dahulu nama silat selalunya di ambil dari nama guru atau tempat asal guru yang membawanya. Di bawah bimbingan Hj Dollah, Hj Hassan turut mempelajari permainan senjata seperti keris, pedang, tumbuk lada, tekpi, pedang-perisai dan tembong.

Beliau kemudiannya telah mengajar ilmu persilatan ini di Sungai Mati, Muar. Sepanjang hayatnya, Hj Hassan Pendekar sering di uji dan menerima cabaran dari pendekar-pendekar melayu yang lain termasuk jga ahli kuntau Cina dan India. Lantai serambi rumahnya banyak di penuhi kesan darah kering pendekar kecundang mencubanya. Beliau juga pernah di cabar oleh penjual ubat berbangsa Cina yang juga seorang guru Kuntau yang tahan digilis oleh lori beberapa minggu sebelum meninggal. Malah, sebelum itu, pernah almarhum Hj Ismail dan almarhum Aziz Bai sengaja menguji dan menyerang Hj Hassan Pendekar dalam gelap tetapi serangan itu gagal menewaskan Hj Hassan dan mereka berdua ditewaskannya.

Sebelum meninggal dunia, Hj Hassan Pendekar telah mengijazahkan segala perkakas persilatannya termasuk gendang, senjata dan buku catatan yang mengandungi petua dan amalan kepada almarhum Hj Hamid dan Hj Ismail. Hj Hassan Pendekar telah meninggal dunia pada tahun 1958 dalam usia sekitar 120 tahun. Anak beliau iaitu Hj Hamzah juga seorang pendekar terlebih dahulu meninggal pada tahun 1942. Hj Hamzah tidak mengajar silat kerana menghormati ayahnya Hj Hassan sebagai guru.

Antara keistimewaan Hj Hasan Pendekar ialah bisa pukulan dan kepantasan kakinya. Sewaktu di cabar, Hj Hassan sering menggunakan 3 teknik untuk menumbangkan lawan-lawan iaitu buang dalam, buang luar dan petik. Beliau juga turut mahir dan mengajar titik sasaran lemah pada badan (vital point). Sebagai seorang yangterkenal dengan ilmu pendekar dan masak asam garam hidup, tabiat biasa beliau bila membuat pertunjukkan atau bertanding samada dalam atau di luar daerah ialah naik ke pentas memperkenalkan diri dan mempelawa sesiapa sahaja yang tidak puashati dan berhajat untuk mengujinya. Jika tiada yang berani, beliau menyuruh orang ramai mencuba cucu-ciciknya yang berusia 10-12 tahun.

Menurut almarhum Hj Ismail, perwatakan Hj Hassan Pendekar sebenarnya seorang periang dan ceria serta tidak pandai berbohong walaupun akalnya panjang. Menurutnya lagi ramai juga pencabar yang terkena tipu helahnya. Antara pesanan beliau untuk anak cucunya ialah:
  • Raja jangan di lawan nanti kita di halaunya tetapi jangan di rapik (rapat) nanti kita di kuda.
  • Masak-masakkan pecah empat.
  • Tak semua kayu boleh di buat batang tanjak.


Continue Reading

AMARAN!!! Jangan Jilat Sampul Surat


Seorang wanita sedang bekerja di sebuah pejabat pos di California. Beliau tidak menggunakan span untuk perekat sampul suratnya tapi sebaliknya menjilat pelekat sampul surat yang dipegangnya. Pada hari yang sama juga wanita itu mendapati terdapat satu luka kecil pada lidahnya. Luka itu membengkak. Wanita tersebut terus pergi berjumpa doctor untuk mendapatkan rawatan kerana risau akan lukanya. Tetapi setelah diperiksa oleh doktor tiada apa yang tidak kena dengan lidah beliau dan doktor menganggap bahawa ia hanyalah luka kecil dan bengkak biasa. Wanita itu tidak merasakan sakit atau kebas walaupun lidahnya bengkak.Tetapi setelah hari berganti hari. Bengkak pada lidah wanita tersebut semakin membesar. Dengan rasa yang tidak puas hati beliau terus berjumpa doktor kembali dan memaksa doctor berbuat sesuatu pada lidahnya. Doktor tersebut terus mengarahkan wanita itu menjalani ujian x-ray. Keputusannya doktor tersebut mendapati terdapat satu benjolan pada lidah wanita itu. Lantas doktor menasihatkan agar wanita itu menjalankan pembedah an kecil pada lidahnya untuk memastikan punca benjolan pada  lidah wanita tersebut. Tetapi apa yang berlaku ialah sebaik sahaja doktor memotong bahagian yang benjol tersebut, seekor lipas keluar daripada lidah wanita itu. Kesimpulannya terdapat telur lipas pada pelekat sampul surat yang dijilatnya. Telur itu mampu menetas di dalam lidah dan kelembapan di dalam mulutnya. Ini adalah kisaha benar yang ditulis di dalam berita CNN.


Andy Humes menulis: "Saya pernah bekerja di dalam kilang membuat sampul surat". "Anda tentu tidak percaya jika saya mengatakan di dalam tangki pelekat untuk diletakkan pada penutup sampul surat terdapat beraneka benda yang terapung di permukaan "tray" gam tersebut!". "Saya sudah bertahun tidak mengamalkan perbuatan menjilat perekat sampul surat sebaliknya saya menggunakan span basah". "Saya juga pernah bekerja di sebuah syarikat percetakan. Majikan tidak membenarkan pekerjanya menjilat sampul surat. Saya tidak pernah faham mengapa. "Satu hari apabila saya menarik satu palet sampul surat sebanyak 2500 kotak. Di belakangnya terdapat banyak sekali lipas dan telur lipas di suatu sudut pada kotak kertas. Saya melihat beberapa ekor lipas sedang menikmati gam pada sampul-sampul surat tersebut!"

INGAT TUE...BAHAYA! !!

AMARAN!!! Jangan Jilat Sampul Surat


Continue Reading
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...